Sunday 23 September 2012

PENGENALAN PERMAINAN KECIL



PENGENALAN 

Bermain merupakan proses semulajadi dan spontan. Bermain adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain juga membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain merupakan satu keperluan dan perkara yang menyeronokkan. Bermain juga tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada mereka malahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.Permainan kecil adalah satu cabang ilmu yang mendedahkan masyarakat mengenai permainan-permainan kecil yang dimainkan di kampung-kampung mahupun bandar-bandar besar.•
Permainan kecil pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi motorhalus. Koordinasi motor-kasar melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti melompat, berlari dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus melibatkan pergerakan otot-otot kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain. Antara ciri-ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran-kemahiran asas, mempunyai peraturan yang minimum, menggunakan peralatan yang sedikit, menggunakan ruang yang kecil atau sederhana serta mudah dijalankan.
Permainan kecil juga amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak.





OBJEKTIF 

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif. 

3.1 : Bidang Psikomotor



Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil kategori jaringan/ dinding.
Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum
Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap Dua.
Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini.
Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.
Wujudkan keseronokan dan kepuasan dikalangan murid-murid.
Wujudkan persaingan dan keyakinan yang sihat dikalangan murid-murid.
Menyemaikan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dan dikalangan murid-murid.
Permainan disesuaikan dengan gelanggang dan kawasan yang ada.


1.    Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
  Membangunkan kemahiran lokomotor.
  Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.
  Membangunkan kemahiran pengawalan bola.
  Membangunkan kecergasan fizikal.

2.    Objektif Pembangunan Kognitif
  Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.
  Menolong dalam pemahaman peraturan.
  Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
  Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.


3.    Objektif Pembangunan Afektif-sosial.
  Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.
  Menggalakkan keadilan.
  Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.
  Membangunkan semangat kesukanan yang baik.
  Membangunkan kualiti kepimpinan.
  Membangunkan semangat kerjasama.

No comments:

Post a Comment