Pada tahun permulaan kanak-kanak tabika ini mencecah sehingga 40 orang di dalam satu kelas. Ia berterusan sehingga Jabatan Pendidikan membuka pra sekolah di sekolah-sekolah rendah yang berhampiran di sekitar tabika KEMAS.
Tabika ini dikelolakan oleh Puan Lailatul Akhmal dari tahun 1994 sehingga sekarang. Sehingga kini tabika masih menumpang di bangunan asal iaitu bangunan Sekolah Agama Rakyat dan masih mendapat sambutan daripada ibubapa dan masyarakat setempat.
Alhamdulillah, kanak-kanak masih mencukupi koata untuk penubuhan sesebuah tabika. Harapan saya semoga tabika ini akan di naik taraf dan akan menjadi tabika contoh pada suatu masa nanti.
Insyaallah.