Monday 24 September 2012

KONDA - KONDI


20. KONDA KONDI
Senarai keperluan

1. Bahan : dua batang kayu kecil yang berlainan ,berukuran pendek dan panjang .
Saiz kayu lebih kurang sebesar jari dan lubang di korek.
2. Tempat : kawasan lapang
3. Bilangan pemain : 8-12 orang

Cara bermain

1. Sediakan dua batang kayu iaitu satu pendek berukuran ½ kaki dan satu kayu panjang berukuran 1
         kaki. Sebuah lubang dikorek di tempat permainan kayu pendek di letakkan secra melintang diatas  
         lubang.

2. Pemain dibahagikan kepada 2 pasukan setiap pasukan sama banyak bilangannya.
3. Undian dibuat bagi menentukan kumpulan mana yang main dulu.
4. Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat bermain, pasukan lawan pula
        akan berdiri diserata tempat.
5. Permainan akan dimulakan dengan pemain dan menguis kayu pendek ke hadapan dengan
        menggunakan kayu panjang.
6. Ukur jarak kayu pendek itu dari lubang kayu panjang. Apabila pihak lawan dapat menangkap kayu
        pendek ,pasukan yang bermain dikira mati.
7. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang buat.
8. Permainan ditersukan apabila permainan Berjaya melaksanakan langkah satu.
9. Mata yang dikumpulkan oleh pemain –pemain dalam pasukan itu dicampurkan bagi mendapatkan
        jumlah keseluruhannya. Kumpulan yang mengumpulkan bilangan mata terbanyak akan memenangi
        permainan itu.


GALAH PANJANG


Senarai keperluan

1. Bahan atau tempat bermain : kawasan lapang dan gelanggang berbetuk segi empat tepat diatas tanah.
2. Bilangan pemain : 6 orang untuk 2 pasukan iaitu 3 orang setiap kumpulan.

Cara bermain
1. Bina gelanggang dengan menggunakan penanda ataupun buat barisan diatas tanah.
2. Satu pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 orang
3. Bagi menentukan pasukan mana bermain dulu, ketua kedua-dua kumpulan diminta mencabut lidi yang
        dipegang oleh mereka yang terlibat dengan permainan.
4. Pasukan yang mendapat lidi panjang akan memulakan permainan iaitu bertindak sebagai “penyelaras ‘
        sementara pasukan satu lagi menjaga garisan sebagai pasukan “pertahanan”.
5. Bagi memulakan permainan ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan pengawal.
6. Ketua pasukan pertahanan akan menjaga garisan tengah.
7. Pasukan pertahanan akan cuba menghalang pemain pasukan penyerang melintas garisan dengan
        mendepakan tangan ataupun mencuit badan penyerang.
8. Pasukan penyerang akan cuba melepasi garisan pertama ,kedua dan tanpa disentuh ataupun ditangkap
       oleh pasukan lawan.
9. Pemain penyerang yang Berjaya melepasi garisan ataupun halangan yang ketiga.
10. Sekiranya ketiga-tiga halangan Berjaya dilepasi oleh salah seorang ahli pasukan penyerang tanpa
        disentuh oleh pasukan pertahanan pasukan yang bermain akan mendapat satu mata.


CONGKAK


Senarai Keperluan
1. Bahan : kayu congkak,guli getah atau biji kelapa sawit sebanyak 98 biji
2. Bilangan : 2 orang
Peraturan dan cara bermain
1. Buah diisi mengikut bilangan rumah.
2. Pemain terdiri daripada 2 orang ,mereka akan duduk bertentangan menghadap papan congkak .
3. Permainan dimulakan dengan mengambil semua buah dari mana-mana  lubang yang dihadapkan secara
        serentak.
4. Mereka akan memasukkan satu buah kedalam  setiap lubang kecuali rumah pemain lawan.
5. Pergerakan permainan mengikut pusingan jam.
6. Buah yang diambil akan diisikan kedalam semua rumah yang dilalui termasuk rumah sendiri.
7. Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila buah terakhir didalam tangan jatuh di dalam rumah
         kosong.
8. Jika pemain berhenti dirumah kosong sendiri ,pemain layak mengambil isi rumah yang setentang
        dengannya dan dimasukkan kedalam ibu rumah sendiri sebagai ganjaran .
9. Pemain yang mempunyai bilangan buah yang banyak dalam ibu rumah dikira sebagai pemenang.
10. Bagi pusingan yang kedua ,buah yang dikumpulkan dalam ibu rumah diagihkan semula kedalam rumah
        sendiri, rumah yang tidak cukup buahnya dikira “terbakar”.
11. Pemain akan menutup lubang yang tidak dapat diisi dengan 7 buah ,pemain akan memasukkan semua
         lebihan buah kedalam ibu rumah.
12. Pemain yang tidak mempunyai rumah terbakar akan memulakan permainan .


MAIN GULI


Senarai keperluan.

1. Bahan atau peralatan – guli
2. Tempat – kawasan lapang
3. Bilangan – 3-5 orang
Cara Bermain

1. Pemain melukiskan bulatan diatas tanah rata ataupun diatas simen dengan menggunakan kapor.
2. Guli diantara 10-20 biji diletakan dalam bulatan itu.
3. Setiap pemain mempunyai guli untuk dilemparkan .
4. Pemain berdiri dibelakanggarisan pada jarak tiga langkah.
5. Pemain yang dapat melempar guli, dan guli yang keluar dari bulatan ,maka guli itu akan menjadi miliknya.
6. Diikuti oleh pemain seterusnya.
7. Pemain yang terbanyak mengumpulkan guli akan menjadi pemenang.


SUSUP GELUNG ROTAN BERGANTI-GANTI.



Senarai Keperluan
1. Tempat – kawasan lapang
2. Bahan – gelung rotan sebanyak 10 unit
Peraturan permainan
1. Setiap kanak-kanak perlu menyunsur dalam rotan sehingga ke hujung barisan .
2. Orang yang seterusnya hanya boleh masuk ke gelung apabila orang sebelumnya sudah tamat menyusur.
Cara bermain
1. Buat 4 barisan , 2 barisan kanak-kanak tidak memegang gelung rotan , dan 2 barisan kanak-kanak yang memegang gelung rotan.
2. Barisan kanak-kanak dan pemegang gelung rotan berada dalam barisan bertentangan .
3. Apabila dibunyikan wisel orang pertama berlari dan terus menyusur ke dalam gelung rotan sehingga tamat.
4. Diikuti dengan rakan dan seterusnya.


MAIN ACI KEJAR


Senarai keperluan 

1. Tempat kawasan lapang 
2. Bilangan kanak-kanak lebih daripada 3 orang 
          Peraturan permainan 
  Siapa yang ditangkap akan menjadi pengejar

   Cara Bermain 

1. Bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar ,pemain perlu membuat undian.
2. Undian dibuat cara membuka tangan lebar, pemain lain meletakkan jari telunjuk masing-masing dibawah tapak tangan.
3. Mereka akan menyebut “lam alif” pemain yang tangan dibuka akan menutup dan mengenggam tangan.
4. Pemain lain akan cuba mencabutnya daripada genggaman.
5. Pemain yang jarinya tertangkap akan menjadi pengejar.
6. Pengejar akan mengejar pemain lain, jika pemain  merasa di akan disentuh 
7. Seorang pemain berpeluang duduk sebanyak tiga kali sahaja apabila dikejar.
8. Apabila dia duduk bermakna dia akan terselamat daripada dikejar.
9. Apabila pemain itu duduk untuk kali yang ketiga dia tidak boleh bermain lagi.
10. Pengejar perlu menyentuh pemain lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula.
11. Permainan akan dimainkan semula.

PERMAINAN TANGKAP EKOR


Senarai keperluan .

1. Bahan atau peralatan – sapu tangan
2. Tempat kawasan lapang
3. Bilangan kanak-kanak tidak terhad

Peraturan Permainan
1. Pemain cuba mendapatkan ekor (sapu tangan) sebanyak mungkin dalam masa yang sama pemain cuba mempertahankan ekor masing-masing.


Cara Bermain
1. Semua kanak-kanak ada ekor daripada sapu tangan .
2. Masing-masing cuba mendapatkan ekor lain dan mengumpul sebanyak yang mungkin.
3. Sampai satu masa guru membunyikan wisel.
4. Kira berapa banyak sapu tangan yang dapat ditangkap.
5. Pengutip sapu tangan yang banyak dikira juara.

PERMAINAN CUIT BERANTAI


Senarai Keperluan

  Bahan peralatan : tiada.
  Tempat : kawasan lapang.
  Bilangan kanak-kanak : lebih daripada 3 orang.

Peraturan permainan
  Siapa yang dicuit perlu masuk barisan.
  Ahli dalam barisan boleh mencuit seberapa banyak asalkan barisan tidak putus.

Cara Bermain
  4 – 5 orang kanak-kanak berpegang tangan dalam barisan.
  Mereka berlari dalam barisan mengejar pemain lain.
  Hanya pemain hujung dan pangkal boleh mencuit kerana yang lain berpegang tangan.
  Apabila salah seorang dikejar, dicuit ia mesti masuk barisan.


LEMBU KENA KEPUNG


SENARAI KEPERLUAN
  Bahan atau peralatan : tiada.
  Tempat : kawasan lapang.
  Bilangan kanak-kanak : 5 – 6 orang.

Peraturan permainan
1)Seekor lembu di kepong oleh sekumpulan kanak- kanak yang memegang tangan.

Cara Permainan
  Kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan kecil. Satu kumpulan lebih kurang 
         5 – 10 orang.
  Kanak-kanak memegang tangan membentuk bulatan.
  Seorang kanak-kanak menjadi lembu duduk di tengah bulatan, sambil beraksi dan 
         membunyikan suara seperti lembu moo….moo….moo….

  Lembu cuba keluar bulatan dengan menggunakan sebarang cara.
  Apabila lembu dapat keluar, ganti dengan kanak-kanak yang lain pula.


BURUNG DALAM SANGKAR


Senarai keperluan

  Bahan atau peralatan : gelung rotan.
  Tempat : kawasan lapang.
  Bilangan kanak-kanak : setiap kumpulan mengandungi tiga orang.

Peraturan permainan
  Setiap kumpulan mengandungi tiga orang kanak-kanak. Dua menjadi sangkar dan seorang lagi menjadi burung.
  Setiap kali burung terbang keluar mereka tidak boleh balik ke sangkar asal mereka, sebaliknya masuk ke sangkar lain.

Cara bermain
  Dua orang kanak-kanak mengadap antara satu sama lain berpegang tangan untuk menjadi sarang.
  Seorang lagi kanak-kanak menjadi burung berdiri dalam sarang.
  Apabila guru menyebut “burung terbang” ataupun membunyikan wisel, semua burung perlu terbang di  
         luar sarang termasuk burung yang tidak mempunyai sangkar.
  Apabila guru menyebut burung pulang ! ataupun membunyikan wisel, semua burung perlu mencari 
         sangkar.
  Burung yang tidak boleh balik ke sangkar asal, mesti bertukar ke sangkar lain.
  Ulang beberapa kali.
  Kanak-kanak yang menjadi sarang perlu bertukar menjadi burung.
  Ulang permainan ini beberapa kali.

IBU AYAM


SENARAI KEPERLUAN

  Bahan atau peralatan : tiada.
  Tempat : kawasan lapang.

  Bilangan kanak-kanak :
a) Seorang kanak-kanak menjadi ibu ayam.
b) Seorang kanak-kanak menjadi seekor helang.
c) Anak tidak terhad bilangannya antara 2-10.

Peraturan permainan

Terdapat dua permainan ibu ayam dan helang. Ibu ayam cuba mempertahankan anak-anak daripada di sambar helang.

Cara bermain

  Anak-anak ayam perlu sentiasa berada di belakang ibu ayam bagi mengelakkan di sambar helang sambil berbunyi cip, cip, cip.
  Apabila isyarat mula ditunjukkan helang hendaklah terbang dengan melakonkan aksi burung terbang dan cuba menyerang / menangkap anak-anak ayam.
  Ibu ayam melindungi anak-anaknya sambil bergerak ke depan dan ke belakang.
  Apabila helang dapat menangkap anak ayam maka anak ayam tidak dapat bermain lagi.
  Tukar kanak-kanak lain jadi helang, setiap kali helang yang bermain sebelumnya sudah dapat menangkap anak ayam.



PERMAINAN PERIGI BERACUN


9. PERIGI BERACUN

Senarai keperluan

  -Bahan atau peralatan : gelung rotan.
  -Tempat : kawasan lapang.
  -Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 6 orang.

Peraturan permainan.

Mereka yang termasuk dalam perigi (gelung rotan) semasa tarik menarik akan mati.

Cara permainan

  -Buat beberapa kumpulan kecil mengandungi 4 hingga 6 orang kanak-kanak.
  -Kanak-kanak berpegang membentuk bulatan.
  -Mereka cuba menarik antara satu sama lain dalam bulatan.
  -Masing-masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam gelung rotan.
  -Sesiapa yang terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan di kira mati dan dikeluarkan dari kumpulan.



JALA ITIK


Cara –cara permainan
  1) Mainkan sebuah lagu yang menarik untuk mengiringi setiap langkah permainan.

  2)Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

   3)Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah."
   3)Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.
  4)Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan.
   5)Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain.
   6)Kemudian permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing.
  7)ketua yang mempunyai ahli  yang paling ramai dikira pemenang


LIMBO ROCK


Cara –cara permainan 
  1) muzik dimainkan, 
  2) murid bergerak melepasi bawah palang kayu dengan cara meleding.
  3) ketinggian kayu semakin direndahkan.
  4) pemenang adalah murid yang dapat melepasi palang kayu yang paling rendah.



BOWLING BUAH KELAPA


Senarai keperluan

  1)Bahan atau peralatan : buah kelapa, botol mineral
  2)Tempat : kawasan lapang.
  3)Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 10 orang.

Cara –cara permainan 

  1) Kanak-kanak berada dalam satu kumpulan 
  2)Kanak-kanak akan membaling botol mineral yang telah disusun dengan   
            menggunakan buah kelapa.
  3)Kanak-kanak yang banyak menjatuhkan botol mineral akan dikira pemenang .


Langkah-Langkah Permainan 

1) susun botol mineral mcm ni.....



2) baling.....siapa jatuhkan botol mineral paling banyak menang..


BOLA BERSILANG


Senarai keperluan

  Bahan atau peralatan : bola
  Tempat : kawasan lapang.
  Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 10 orang.

Cara –cara permainan

  1) Kanak-kanak membuat satu bulatan yang besar.


  2) Dua daripada kanak-kanak akan membaling bola secara bersilang kepada kanak-kanak yang lain.
  3) Kanak-kanak yang tidak dapat menangkap bola akan dikira mati dan keluar daripada bulatan.






PUKUL BERAPA PAK BELANG


2. PUKUL BERAPA PAK BELANG
Senarai keperluan

  Bahan atau peralatan : kad nombor
  Tempat : kawasan lapang.
  Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 6 orang.





Cara –cara permainan

  1) Guru memilih seorang daripada kanak-kanak supaya watak pak belang.
  2) Kanak-kanak yang lain akan berdiri dibelakang pak belang.
  3) Kanak-kanak yang dibelakang akan menyanyikan lagu pukul berapa pak belang?
  4) Pak belang akan menjawab soalan kanak-kanak tersebut.
  5 )Sampailah kiraan pak belang mencecah sehingga kiraan 12.
  6) Pak belang akan menerkam kanak-kanak yang dibelakangnya apabila kiraan cukup.



PERMAINAN BOLA BERACUN



Senarai keperluan

  Bahan atau peralatan : Bola,Wisel.
  Tempat : Kawasan Lapang.
  Bilangan kanak-kanak : 4 hingga 10 orang.


Cara-cara permainan

  Kanak-kanak membuat satu bulatan
  Seorang kanak kanak akan memegang bola,
  Bola akan di berikan kepada kawan sebelah setelah wisel dibunyikan.
  Kanak-kanak yang seang memegang bola apabila wisel dibunyikan lagi, akan di kira mati.

Langkah-Langkah Permainan 


1) mula-mula buat bulatan..


2) Seorang daripada kanak-kanak memegang bola dan diberikan pada kawan –kawan dan berhenti apabila wisel dibunyikan.



Sunday 23 September 2012

PENGENALAN PERMAINAN KECIL



PENGENALAN 

Bermain merupakan proses semulajadi dan spontan. Bermain adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain juga membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain merupakan satu keperluan dan perkara yang menyeronokkan. Bermain juga tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada mereka malahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal.Permainan kecil adalah satu cabang ilmu yang mendedahkan masyarakat mengenai permainan-permainan kecil yang dimainkan di kampung-kampung mahupun bandar-bandar besar.•
Permainan kecil pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi motorhalus. Koordinasi motor-kasar melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti melompat, berlari dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus melibatkan pergerakan otot-otot kecil seperti menggunting, melipat dan lain-lain. Antara ciri-ciri permainan kecil ialah melibatkan kemahiran-kemahiran asas, mempunyai peraturan yang minimum, menggunakan peralatan yang sedikit, menggunakan ruang yang kecil atau sederhana serta mudah dijalankan.
Permainan kecil juga amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Ianya merupakan hal yang mnyeronokkan dan mencergaskan minda. Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat. Ianya juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti melontar, menangkap dan menyepak.





OBJEKTIF 

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif. 

3.1 : Bidang Psikomotor



Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil kategori jaringan/ dinding.
Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum
Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap Dua.
Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini.
Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.
Wujudkan keseronokan dan kepuasan dikalangan murid-murid.
Wujudkan persaingan dan keyakinan yang sihat dikalangan murid-murid.
Menyemaikan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dan dikalangan murid-murid.
Permainan disesuaikan dengan gelanggang dan kawasan yang ada.


1.    Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
  Membangunkan kemahiran lokomotor.
  Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.
  Membangunkan kemahiran pengawalan bola.
  Membangunkan kecergasan fizikal.

2.    Objektif Pembangunan Kognitif
  Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.
  Menolong dalam pemahaman peraturan.
  Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
  Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.


3.    Objektif Pembangunan Afektif-sosial.
  Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.
  Menggalakkan keadilan.
  Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.
  Membangunkan semangat kesukanan yang baik.
  Membangunkan kualiti kepimpinan.
  Membangunkan semangat kerjasama.

Friday 21 September 2012

PENGENALAN



SEJARAH PENUBUHAN




Tabika kemas T.37/92 Fasa 1 telah ditubuhkan pada tahun 1986.  Tabika ini ditadbirkan oleh pihak pengurusan FELCRA Berhad. Bangunan ini asalnya daripada Sekolah Agama Rakyat.  Tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru tabika KEMAS, manakala pembantu tabika dibiayai oleh pihak FELCRA Berhad sendiri.